Sunday, January 20, 2019

Al-Imran Ayat 89

3.3.89
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 89:


.
Ringkasan tafsir;
Alkisah diriwayatkan, bahawa ada segolongan dari ahli kitab telah keluar Islam (murtad) dan memihak kepada kaum kafir Quarisy Makkah. Setelah tinggal beberapa lama disana maka terdetiklah hati mereka rasa menyesal diatas perbuatan mereka itu, dan kemudian mereka menulis surat kepada kaum kerabatnya di Madinah bahawa apakah mereka boleh kembali kepada Islam dan bertaubat kerana Allah ?  maka turunlah ayat ini bagi menyenangkan hati mereka yang telah insaf dan akan taubat nasuha.
Ayat ini menjelaskan apabila seseorang itu telah bertaubat dari kekufuran, dengan syarat taubatnya itu disertai dengan memperbaiki kesilapan kesalahan yang telah lalu dan berbuat amal yang soleh beribadaat serta taat kepada Allah dan Rasulnya.
Adapun “Taubat Nasuha” itu adalah mengistiharkan kesilapan dan kesalahannya yang lepas, dan merangkumi keinsafan yang amat sangat yang tidak tehingga dan sujud dimalam yang sunyi sentiasa mohon ampun untuk mendapat keredaan Allah sepanjang masa.
Adapun Allah itu “pengampun” itu ialah menutupi keburukan orang dari kesalahan sewaktu didunia sehingga keburukan itu tidak diketahui orang lain.
Dan Allah “penyayang” itu adalah pengampunan dosa hamba Nya didunia sampai diakhirat. 

.
[Previous] [next] [home] 

.
Rujukan sumber,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
81~90,
[GS]
https://sites.google.com/site/pomepurekl/2/1  
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8